Apa itu Stop 114A?

Jom bantah Akta 114A!. Stop 114A!. Mansuhkan 114A! Begitulah antara tajuk update blogger yang mencuri perhatian saya sejak kelmarin. Pagi tadi, google punya google, tahu juga akhirnya apa 114A ini. Ianya merupakan Akta atau Seksyen yang baru dipinda.

Apa itu Seksyen 114A?

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.

Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.

Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda, bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.

Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.

Ambil dari sini

Senario dalam Seksyen 114A yang dibayangkan setakat ini adalah seperti dalam ilustrasi di bawah.

Huh! Boleh menyebabkan orang takut melayari Internet.

Jadi Stop 114A, Jom Bantah 114A, Mansuhkan 114A kesemuanya bertujuan untuk mendesak pihak tertentu untuk menghentikan dan memansuhkan seksyen atau akta tersebut.

Rujukan lanjut boleh ke laman ini: http://stop114a.wordpress.com

 

 

  1. Matailah cath. klu tiba2 keba tangkap pulis sedangkan bkn ko yg tulis benda tu

  2. eee.. nda siuk sudah klu gitu & tidak adil la kan..

  3. Kesimpulannya, di bawah 114A ni, bila satu pertuduhan dibuat, beban untuk membuktikan tuduhan tersebut adalah di bahu yang didakwa, bukan yang mendakwa, which is sangat tidak adil. :mrgreen:

  4. bikin takut oh Kay, blog sy lg sdh 3 kali kena hack. Matailah lau tiba-tiba sy jd wanted ni huhu!

  5. oo itu ka pula tu… thanks coz make it so simple! haha..

    Ini tidak adil!

  6. Memang bahaya betul dgn akta ini kalau ada sebarang a/c internet.

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled