Bila Pendidikan dijadikan Perniagaan

Tan Sri, Datuk beli ijazah palsu

Shah Alam: Orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini. Siasatan polis mendapati kebanyakan yang memiliki ijazah menggunakan nama universiti palsu luar negara itu memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu.

Sumber

Inilah kesannya bila Pendidikan itu dijadikan sebagai alat untuk mengaut keuntungan, sesuatu yang boleh diniagakan. Sedih bukan? Lagi menyedihkan bila golongan ini adalah antara mereka yang memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu di negara kita. Golongan ini telah merampas peluang-peluang yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang betul-betul bertungkus lumus mendapatkan ijazah atau kelayakkan akademik dengan cara yang betul.

Sebenarnya aktiviti membeli ijazah atau kelayakkan akademik palsu ini berlaku di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat sahaja, sebanyak 50,000 PhD palsu dikeluarkan ke seluruh dunia setiap tahun. Salah satu kes yang mengejutkan dunia berkaitan dengan ijazah atau kelayakkan akademi palsu ini ialah perletakkan jawatan Laura Callahan, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Penerangan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat di bawah Pentadbiran Presiden Barack Obama setelah didapati beliau membeli ijazah, Sarjana dan PhD daripada Online. Sumber.

Semoga kerajaan mengambil langkah serta pendekatan untuk mengatasi masalah ini semaksimum yang mungkin. Jika tidak pasti lama kelamaan aktiviti seperti ini akan menjejaskan institusi pendidikan di negara kita dan juga nilai pendidikan itu sendiri.

 

* Terfikir tentang pelajar yang suka mengupah orang lain membuat assigment. Bingung juga dengan pelajar seperti ini. Haiss.. inilah kesan jika pendidikan dijadikan perniagaan.

 

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled