Category Archives: artis dalam negara

Maafkan Cinta -Mar (VBSR 2)

Saya masih tercari – cari Video Mar (VBSR 2) menyanyikan lagu bertajuk Maafkan Cinta ciptaan Ajai. Ternyata gagal dan yang saya temui ialah video lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Ajai sendiri. Jom dengar bersama

 

 

Untuk lirik lagu Maafkanlah cinta, boleh klik link ini Maafkanlah Cinta

Forever Love by Shila Amzah

Happy Friday!

Populariti Melonjak naik: Soo Wincci

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Soo Wincci (gambar) mengakui populariti program masakan itu telah melonjakkan namanya di kalangan peminat bukan berbangsa Cina. Soo Wincci, 26, berkata, sepanjang empat tahun bergelar penyanyi dia tidak pernah mendapat perhatian yang begitu hebat daripada para peminat dan keadaan itu berubah selepas dia menyertai program berkenaan.

“MasterChef Selebriti memang telah mengubah hidup saya sebagai seorang artis dan saya amat bersyukur kerana peminat saya kini bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga Melayu dan India,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-dengar album berbahasa Malaysia pertamanya di sini pada Selasa. Tambah Soo Wincci, populariti tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk mengembangkan kerjaya secara lebih menyeluruh pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia telah lama berhasrat untuk menghasilkan sebuah album berbahasa Malaysia selain amat teruja dapat bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai. Katanya, Ajai seorang yang sangat teliti dan pada masa sama memahami kehendaknya sebagai seorang penyanyi dan mereka serasi bekerjasama.

“Ajai adalah seorang yang cukup sabar dengan apa yang dilakukan dan sebab itu juga album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.

“Bagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk peminat mendengarnya,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan popularitinya kini adalah masa yang tepat untuk dia melancarkan album tersebut.

“Pada dasarnya saya sudah merakamkan album ini setahun lalu tetapi terpaksa menangguhkannya kerana terlibat dengan pelbagai komitmen.

“Bukan mengambil kesempatan tetapi saya rasa ini adalah hikmah untuk saya dan populariti yang ada ini harus digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci memberitahu single pertamanya sudah pun dilancarkan berjudul Terus Teranglah yang menampilkan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow.

Bagi album itu nanti ia akan mempunyai empat buah lagu sebagai permulaan dan akan berada di pasaran pada bulan September depan. Empat lagu tersebut adalah Nombor 1, Terus Teranglah, Jangan Risau dan Musim Asmara.

Sumber

Sinopsis Drama Dejavu Di Kinabalu

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Aqasha (Ammar) & Tiz Zaqyah (Nadira)

Credit to: budiey.com

SchAwal – Gambar Nikah

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Sumber