Orang tamak selalu rugi (ini ayat saya sendiri)
LABUAN: Seorang pemuda warga tempatan terpaksa menerima hakikat ‘rugi’ sebanyak RM420,000 apabila terpadaya dengan janji internet oleh seorang wanita menerusi email yang dilayannya baru-baru ini.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superintenden Saiman Kasran berkata, lelaki keturunan Cina berusia 34 tahun itu ‘terjerat’ apabila seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Lyanna Abi- din memberitahunya menerusi internet bahawa beliau akan menerima satu bungkusan tidak lama lagi dari United Kindom yang mengandungi seutas jam emas, laptop, wang tunai dan telefon bimbit.
“Selepas berbalas-balas email pengadu (lelaki berkenaan) yang hanya bekerja sendiri telah bermurah hati untuk memberikan butir-butir peribadinya, temasuk alamat lengkap rumah, nombor Mykad dan nombor telefon bimbit seperti yang diminta oleh Lyana,” katanya kepada media dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di sini pagi kelmarin.
Katanya kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu dan dua hari selepas itu (11 Okt) pengadu telah menerima satu panggilan telefon (private number) yang memperkenalkan dirinya sebagai Robert Jestkin daripada Syarikat Compass Courier yang mengatakan bungkusan daripada United Kingdom yang di alamatkan kepada pengadu telah ditahan oleh pihak berkuasa Kastam di KLIA kerana terlebih berat sebanyak 29kg.
Saiman berkata, bagi melepaskan bungkusan itu daripada terus ditahan, Robert meminta kepada pengadu supaya membuat beberapa pembayaran termasuk RM3,800 untuk denda bayaran berat bungkusan, RM18,700 untuk bayaran Kastam bagi melepaskan bungkusan itu dan RM96,000 untuk bayaran setem serta lain-lain bayaran penalti yang kononnya diminta oleh kepada Bank Negara.
Pemuda berkenaan yang dipercayai terlalu gairah untuk menerima bungkusan tersebut terus membuat pembayaran ke dalam beberapa akuaun yang diberikan oleh Robert Jeskin.
Menurut Saiman lagi, pada 18 Oktober, Lyanna sekali lagi menghubungi pengadu dengan meminta beliau melayari laman internet www.lyyod TSB Bank yang kononnya wang sebanyak Pound Sterling 57,000,00 akan dipindahkan ke akaun Maybank milik pengadu dan selepas melayari laman itu, pengadu sekali lagi diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM147,800 bagi tujuan bayaran insuran dan lain-lain perkhidmatan dan pengadu terus menjelaskan bayaran itu.
Bagaimanapun katanya, setelah melangsaikan semua permintaan yang keseluruhannya berjumlah RM420,100 mangsa tidak memperolehi apa yang dijanjikan dan merasa dirinya telah ditipu dan terus membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu.
Saiman berkata hasil daripada siasatan, pengadu telah dilaporkan membuat transaksi penghantaran wang sebanyak 15 kali melibatkan nama pemilik akaun yang berlainan masing-masing 11 kali di bankCIMB dan 4 kali di Maybank.
Berdasarkan daripada laporan itu katanya, polis Bahagian Siasatan jenayah Komersial telah membuka kes untuk siasatan. Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
Menurut Saiman, kes ter- sebut merupakan kerugian yang melibatkan jumlah terbesar yang dilaporkan sejak Januari 2011.
“Untuk tempoh Januari hingga 31 Oktober tahun ini, polis Labuan telah menerima sebanyak 17 kes dan kes yang melibatkan lelaki berkenaan adalah merupakan kes penipuan internet yang terbesar membabitkan kerugian RM420,100, sebelum ini dua wanita turut mengalami kerugian masing-masing berjumlah RM146,900 dan RM102, 000 melibatkan kes yang sama,” katanya.
Daripada 17 kes yang disiasat itu katanya, pihaknya dengan bantuan polis Kuala Lumpur telah berjaya menahan 8 lelaki yang sebahagian besarnya warga Negeria yang dipercayai terlibat dalam sendikit kes penipuan mengunakan internet.
Sumber
Nota sampingan: Jangan mudah terperdaya!
komen-komen