Category Archives: berita semasa

Bob Kuman meninggal dunia

Pelakon dan pelawak terkenal Bob Kuman telah meninggal dunia tepat jam 4.38 petang tadi di sisi isteri tercinta di rumahnya di Kota Damansara dan akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

 

Al-Fatihah.

 

Sumber

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan

TANJUNG MALIM -Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

“Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

“Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

“Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan,” katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa “seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.”

“Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan,” kata pengunjung itu.

Sumber

Indonesia keluarkan amaran Tsunami

Ini berita yang baru dari Berita Harian.

 

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi.  Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami.

 

Semoga tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku.

Isteri dipaksa buat aksi seks depan anak

KANGAR: Neraka dunia. Itu yang terpaksa diharungi seorang penjawat awam wanita berusia 30-an apabila sering dipaksa suaminya yang juga berusia 30-an melakukan aksi seks, termasuk luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka di ruang tamu rumah sejak tujuh tahun lalu.

Lebih menjijikkan suami bernafsu binatang itu juga gemar merakam aksi ‘bersama’ mereka sejak malam pertama perkahwinan sehingga kini. Sumber berkata, lebih mengaibkan mangsa, anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun sering melakonkan kembali adegan seks itu bersama abang sulungnya berusia 15 tahun.

Katanya, hati ibu mana yang tidak hancur melihat perbuatan jijik suami yang merosakkan ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh hingga 15 tahun itu.

“Mangsa mendakwa dia sudah diperlakukan sedemikian sejak berkahwin dengan suaminya lebih 15 tahun lalu, malah pada malam pertama aksi mereka di dalam bilik dirakam suaminya menggunakan telefon bimbit dan kamera video.

“Namun, selepas mendapat cahaya mata, suaminya bertambah pelik dengan memaksanya melakukan aksi bersama termasuk di luar tabii di hadapan ketiga-tiga anak mereka,” katanya.

Kata sumber itu, jika si isteri enggan menuruti kemahuan gila suami, dia dibelasah.

Berita lanjut : Anak tiru “aksi ibu bapa.

 

Pening kepala saya bila baca benda-benda seperti ini. Banyak manusia yang bertopengkan Syaitan.

Bantuan RM500: Tarikh memohon dan syarat kelayakan

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.

Sumber: Bantuan RM500