Category Archives: Berita

SchAwal – Gambar Nikah

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Persalinan SchAwal Ilham 2 Pereka

Sumber

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan

TANJUNG MALIM -Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

“Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

“Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan. Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki. Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

“Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan,” katanya.

Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa “seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 – 6.00 petang tadi.”

“Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan,” kata pengunjung itu.

Sumber

Indonesia keluarkan amaran Tsunami

Ini berita yang baru dari Berita Harian.

 

Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi.  Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami.

 

Semoga tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku.

KUP Time Based bagi Guru

Berikut adalah tempoh Time Based bagi Guru

DGA29 – 3GA32 (8tahun)

DGA32 – DGA34 (8tahun)

DGA34 – DGA38 (5tahun)

DG41 – DG44 (8tahun)

DG44 – DG48 (8tahun)

DG48 – DG52 (6tahun)

DG52 – DG54 (3tahun)

 

Gaji Matrik dalam SSM masih digunapakai P1, P2 dan P3

Pergerakan Gaji Tahunan RM80.00 hingga RM320.00

 

Sumber

JADUAL GAJI MATRIKS SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

Tercari-cari juga Jadual Gaji Matriks SSM yang ditambah baik itu. Tapi gagal, cuma jumpa yang ini dari dinding FB. Bolehlah menjadi panduan buat masa ini.