Category Archives: career

I’m okay.

It’s been 3 weeks working in the new workplace, I can say now I’m okay.

The first week was a bit hard since I need to cope with the new environment and new colleagues. The second week much better and now everything’s okay. I can accept everything’s about my new workplace. No more comparison and for sure no more complaints. Did I make any complaint?

For your info, I am assigned to teaching in afternoon session. Well, at first I was disappointed since I hope to teach in morning session and even request it to the PK1 but I knew I don’t have many option because they need more living skills teacher in the afternoon session. So rather than feeling unhappy, i take it with an open arms.

I will try and try to love my new workplace from now on. Yeah!

Happy Tuesday, guys!

 

Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

Pagi ini, bangun dengan keadaan otak bercelaru. SBPA. Ya, tidak sangka SBPA ini mampu menyebabkan saya dan saya yakin ramai lagi penjawat awam di luar sana bingung. Apa tidaknya, keluar dalam berita sebelum ini bahawa tempoh sama ada kekal dibawah SSM atau memilih SBPA hanyalah sampai akhir bulan ini. Pada masa yang sama pula, Cuepacs menasihati penjawat awam agar jangan tergesa-gesa menandatangani opsyen SBPA dan memintah dilanjutkan tempoh. Pening kepala, tambah lagi secara peribadi saya tidak faham akan SBPA ini tetapi…..tidak apalah, tidak boleh saya nyatakan semua sebab saya berada dalam situasi : SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Maklumat lanjut:Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

 

SBPA- 15 hari buat pilihan

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam. Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Untuk maklumat tambahan, mari kita lihat kadar gaji baru mengikut SBPA 2012.

Kadar kenaikan gaji baru mengikut SBPA bagi bagi gred N:- 

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 KGT RM 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 KGT RM 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 KGT RM145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 KGT RM180

Kadar kenaikan gaji baru mengikut SBPA bagi bagi gred J:-

SSM J17 = SBPA J4-1 RM  980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 RM1935-RM3545 KGT RM115
SSM J26 = SBPA J4-5 RM2290-RM4040 KGT RM125
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

 

Sumber: mummynemo

Nota sampingan: Saya belum faham tentang SBPA ini. Kepada sesiapa yang ada maklumat lanjut, tolong kongsikan. Terima kasih.

Syarat-syarat GSTT diserap ke jawatan tetap

Waktu membaca Online paper pagi ini, terjumpa berita yang agak menggembirakan. Bukan bagi pihak saya, sebab saya memang sudah guru tetap tetapi bagi rakan-rakan guru GSTT.

Sebanyak 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kontrak mereka tidak disambung sebelum ini ditawarkan sebagai guru tetap bagi memberi peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat.


google image

Dalam berita itu juga dinyatakan syarat-syarat untuk diserapkan ke jawatan tetap (rasanya ada syarat lain tetapi mungkin ini adalah syarat utama)

1. Usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010

2. Telah berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut

3. Kesediaan untuk bertugas di tempat lain jika sekolah lama sudah penuh

GSTT akan ditawarkan untuk mengikuti kursus sama ada di IPG atau mengikuti program Kursus Dalam Cuti (KDC). GSTT lepasan Ijazah pula hanya perlu mengikuti kursus selama setahun sahaja.

Bacaan lanjut: GSTT  akan diserap ke jawatan tetap

Sudah kahwin kah? – Soalan si Pakcik gatal

Sudah kahwin kah?

Mendapat soalan dari kawan-kawan baru, seperti soalan di atas perkara yang biasa. Kalau tidak biasa, terpaksalah membiasakan diri.

Jawablah dengan jujur.

Bagaimana pula jika diajukan soalan yang sama oleh orang yang kita tidak kenal dan hanyalah menerusi telefon. Rasa macam mau makan saja telefon itu kan…?

Kisahnya begini:

Saya menghubungi satu nombor yang tercatat dalam data SMM seorang murid saya yang mempunyai masalah kehadiran ke sekolah. Nombor itu merupakan nombor pakciknya. Pada panggilan yang pertama, saya tidak mempunyai masalah berbincang dengan pakcik tersebut. Kali kedua, rasanya selepas seminggu lagi murid tersebut tidak juga muncul ke sekolah, saya menghubungi lagi nombor pakcik kepada murid berkenaan. Sekali lagi dia memberi jaminan akan berusaha untuk menghubungi anak buahnya. Okay, habis cerita untuk hari itu. Waktu saya sampai ke rumah selepas dari kerja pada hari yang sama, saya dapati saya mempunyai 3 missed call dari nombor pakcik tersebut. Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi nombor tersebut sebab dalam fikiran saya kemungkinan besar anak murid saya yang cuba menghubungi saya menggunakan telefon pakciknya. Tapi sangkaan saya tidak betul, si pakcik juga yang bercakap di hujung talian dan memberikan sedikit info tentang anak murid saya. Selepas itu, tiba-tiba dia bertanya:

Cikgu sudah kahwin kah?



Saya sedikit terkejut dengan soalah itu, sebab bagi saya hal peribadi saya tidak ada kaitan dengan permasalahan yang kami bincangkan dari mula. Tanpa berfikir panjang cepat saya menjawab YA. Kemudian si pakcik terdiam, agak lama juga. Saya juga diam.

Oh, saya takut kalau saya call, nanti suami cikgu pula yang menyambut, akhirnya si pakcik bersuara semula.

Oh tidak…(saya mula kehilangan kata – tapi dalam hati saya, sekiranya saya memang sudah kahwin dan menerima panggilan telefon dari keluarga pelajar, saya akan pastikan suami saya faham keadaan itu)

Akhirnya saya mengakhiri perbualan itu: Ok lah pakcik, kalau jumpa anak buah pakcik tu, beri nasihat agar datang ke sekolah ya.

tuuuttttt…Cepat-cepat saya matikan talian dengan muka seperti Mr. Bean yang kebingungan.



Bayangkan apa lagi soalannya kalau saya menjawab dengan jujur bahawa saya belum berkahwin? Orang sibuk untuk menyelesaikan masalah anak buahnya, dia pula sibuk menyelitkan urusan dia yang bukan-bukan. Saya tidak pasti apa tujuan dia bertanyakan soalan tersebut tapi apa yang melekat dalam fikiran saya, si pakcik itu sedang mencari jodoh. Apa pendapat kawan-kawan pula?

Gatal juga si pakcik itu kan…