Category Archives: diet

Medley Post..

Medley post..bukan lagu tau tapi cerita-ceriti yang digabungkan dalam satu post..(^_^)
OK 1st, sekitar jam 7.45am tadi, blog ini menerima Followersnya yang ke 100. Hadiah? oOOoOO..tiada hadiah lah..:) tapi terima kasih kepada( bidadari <–—-Klik untuk kenal) yang telah menjadi pengikut TULUS DARI HATI yang ke 100. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua bloggers yang sudi menjadi pengikut blog ini. Untuk itu, saya hadiahkan sejuta lemon-lemon di persekitaran udara anda..semoga harum semerbak alam ini..:)

I supporting their product! Nah, nampakkah Versaline ads sedang running di blog saya?
Saya membeli produk mereka..:). Walaupun produk yang saya beli itu bukanlah yang sedang diiklankan, tapi rasanya saya masih dikira menyokong mereka. Produk Versaline yang saya beli ialah Healthy white -skin lightening lotion. Saya memang plan untuk membelinya, sebab lengan saya mempunyai ton warna. Mungkin disebabkan saya selalu memakai baju lengan pendek kalau tidak ke tempat kerja, jadi bahagian yang tidak bertutup tu, menjadi gelap sedikit. So harap-harap lotion ini boleh membantu saya mengatasi masalah ini

stuffs yang lain
(Loreal Dermo-Expertise, Pantene & Dettol-shower gel- shower gel ni free item bila beli 2 tin Shieldtox..)
Saya menggunakan produk Loreal lebih kurang 10 atau 9 tahun lepas. Bermula dari White Perfect, kemudian kepada Pure Zone (time tu ada mslh jerawat), tukar lagi kepada white perfect, kepada Revitalift, pakai anti kedutan bawah mata, dan banyak lagi lah produk Loreal yang saya pernah pakai, so yang terbaru ialah set krim siang dan malam. So far, ok juga guna produk ini. Tidak ada masalah sangat. Namun demikian, saya juga pernah menjadi pengguna yang agak lama kepada produk Olay (lebih kurang 2 tahun, Fair & Lovely (time sekolah), Ponds (time di Universiti), Garnier (sebulan saja). Tapi LOREAL tetapi di hati.

Loreal Day & Night face cream

Sup sayur (ini menu diet saya, sedap tapi teringat pula kawan kat Pahang, mesti kalau dia nampak dia akan cakap sup air hujan..hahaha)

Masih rindu akan kampung. Ayam Jantan ini warnanya cantik. Bersih dan tinggi.

Nah, ini girlfriendnya..Kecil ja tapi consider cute la. Ini pun bersih. Tidak tahu macamana mereka menjaga kebersihan badan. Mandi kali kan..(*_*)

Diet untuk darah O

Apakah jenis darah anda?
Tahukah bahawa selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan sesorang itu?
Google Image
Sebenarnya saya sudah tahu akan hal ini, lama dulu tetapi tidak pernah ambil kisah dan saya makan apa sahaja yang saja mahu makan tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut sesuai dengan jenis darah saya atau pun tidak. Baik, hari ini saya ingin kongsikan sedikit info penting untuk saya yang berdarah 0. Semoga jadi panduan ketika memilih makanan kepada semua yang berdarah sejenis dengan saya dan juga UNTUK SAYA SENDIRI. (*_*)
Ciri khas golongan berdarah 0:
-  Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
-  Mudah mengadaptasi berbagai makanan
-  Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
-  Disarankan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
   (Daging, buahan, ikan dan sayuran)
-  Golongan yang berisiko mendapat radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika
   makanan yang diambil tidak sesuai
Sumber: Baca Sini
Dalam sumber lain pula iaitu sedikit ringkasan dalam buku bertajuk DIET SIHAT untuk golongan berdarah O tulisan Wied Harry Apriadji & Mazlina Ismail, menyatakan begini:
 
Makanan yang merangsangkan peningkatan berat badan bagi kumpulan darah O adalah seperti tepung gandum, jagung merupakan bahan yang mengganggu efisiensi fungsi insulin serta memperlahankan kelajuan metabolisme. Manakala Kacang Merah dan Navy Bean, Kacang Dal mengganggu pemanfaatan kalori dan metabolisme zat gizi. Sayur seperti sayur kubis, kubis brussels, kubis bunga dan sawi merupakan sayuran yang mengganggu fungsi hormon tiroid dalam badan bagi golongan yang berdarah jenis O.
 
Makanan yang membantu penurunan berat badan adalah Rumpai laut (kelp), makanan hasil laut dan garam beriodin adalah makanan yang dapat meningkatkan produksi hormon tiroid serta mengandungi zat iodin. Manakala hati, daging ternak seperti lembu, kerbau, biri-biri dan rusa mengandungi sumber vitamin B yang tinggi dan dapat meningkatkan efisiensi metabolisme dimana meliputi pencernaan makanan, penyerapan sari makanan serta pembuangan sampah makan dan sampah metabolisme. Begitu juga sayur bayam, brokoli dan kailan.
Sumber: Baca Sini
Baca blog ini yang juga ada menulis tentang diet untuk golongan berdarah O: Furdunesia
 
P/s: Saya masih memerlukan data-data yang lebih update tentang diet yang sesuai untuk golongan berdarah O, jika rakan-rakan semua ada sumber yang lebih baik, harap sudi untuk berkongsi. Terima kasih