Category Archives: isu

Lebih muatan..

LEBIH MUATAN

Lihat gambar-gambar di bawah

Lokasi: Batu 8, Sandakan.

Masa: 11.30 pagi

Tarikh: 23/9/2011


Tindakan pihak di atas bukan sahaja berbahaya kepada dirinya sendiri tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Tindakan seperti ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.

Mana penguatkuasaan?

Lori yang lebih muatan ini terpaksa kami ekori sebelum pemandunya membelok ke simpang Seguntur dan kami meneruskan perjalanan ke Batu 11.

kenapa begitu LIAT?

Adakah anda seorang peminjam PTPTN ?
jika YA, adakah anda sudah MELUNASKAN pinjaman, sedang BERUSAHA MEMBAYARnya atau pun anda adalah golongan yang tersenarai dalam SENARAI HITAM untuk ke luar negara?

Sebentar tadi dalam Buletin TV3 menyiarkan sebanyak 500 ribu orang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dari MASUK dan KELUAR dari negara ini. 60% daripada jumlah itu adalah orang asing yang disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah atau dalam senarai polis antarabangsa (INTERPOL). 40% selebihnya adalah rakyat tempatan iaitu mereka yang diburu polis, gagal melunaskan cukai serta muflis dan PALING RAMAI adalah mereka yang GAGAL menjelaskan HUTANG PTPTN dan MARA

Sebenarnya isu atau berita golongan peminjam PTPTN yakni PEMINJAM yang LIAT membayar semula pinjaman disenarai hitam ke luar negara bukannya baru. Isu ini sudah panas sejak beberapa tahun yang lepas, mungkin tahun 2009 atau sebelumnya (do correct me if i am wrong- even i am not bother to know the exact time anyway).  

Saya ingin juga menyelami hati dan fikiran para peminjam yang liat membayar hutang PTPTN ini. Ingin tahu kenapa mereka tidak atau belum membayar semula. Jika kita fikir secara logiknya, golongan peminjam ini 100% adalah golongan yang BERPENDIDIKAN kerana PTPTN sememangnya disasarkan kepada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Tidak pernah dengar golongan nelayan atau petani yang meminjam dari PTPTN setakat ini. Jadi, sekiranya peminjam adalah golongan berpendidikan, maka bagi pendapat saya, tidak seharusnya wujud isu nama disenarai hitam oleh jabatan Imigresen kerana kegagalan dalam menjelaskan pinjaman PTPTN. Orang BERPENDIDIKAN adalah orang yang sudah semestinya tahu kata BERTERIMA KASIH.

Memang ramai antara peminjam yang mengatakan bahawa kos pentadbiran yang dikenakan oleh pihak PTPTN amat tinggi (saya juga bersetuju), tetapi itu tidak semestinya dijadikan alasan tegar untuk tidak membayar semula pinjaman tersebut. Saya juga sangat yakin, ramai   peminjam PTPTN telah berjaya mendapatkan kerja dan juga mungkin telah memiliki kehidupan yang bahagia dan sudah semestinya memiliki harta hasil dari kerjaya yang dimiliki. Tetapi, KENAPA BEGITU LIAT membayar pinjaman PTPTN.? kenapa perlu berperangai seperti KACANG LUPAKAN KULIT?

Saya bukan bertujuan untuk menyindir mana-mana pihak. TIDAK SAMA SEKALI. Cuma saya terpanggil untuk menulis tentang ini sebagai satu ingatan kepada diri sendiri dan cukup  gembira sekiranya turut menyedarkan para peminjam yang lain. Jadilah golongan yang tahu BERTERIMA KASIH dengan MEMBAYAR semula pinjaman PTPTN anda. Biar dengan jumlah yang sedikit, tetapi konsisten (maksudnya setiap bulan), lama-lama akan habis dan sudah pasti hidup akan lebih tenang selepas itu.

Harga gula pula yang naik.

Okay, selepas beberapa hari harga RON97 naik, kini giliran harga gula pula yang naik sebanyak RM0.20 bermula esok. Lihat catatan ringkas dari Berita Harian untuk kenaikan ini.

PUTRAJAYA: Harga gula naik 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok. Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, sebentar tadi.


Penjelasan terperinci kenapa perlunya kenaikan harga gula ini belum lagi diberikan. So just wait. Mungkin juga salah satu langkah kerajaan dalam menangani isu obesiti dan diabetis rakyat negara kita. Think positive, always

Selepas ini, tidak tahu apa lagi barangan yang akan dinaikan harga dan sama ada kita suka atau  tidak, I don’t think we have many choices. Kita terpaksa juga ikut dan bayar dengan harga yang sedikit mahal.

google image

nota sampingan yang patut diabaikan:-Jangan pula bila time pilihanraya, harga barang kena turun dan para pemimpin akan berkata: kerajaan sememangnya mengambil berat akan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat, oleh sebab itu harga barang keperluan turun harganya. Itu bukan mengambil berat, tetapi MEMANCING UNDI. Lepas menang, boleh naikkan harga lagi.