Saya tidak ingin untuk menulis pasal kes kehilangan yang berakhir dengan pembunuhan Datuk Sosilawati serta 3 orang lagi rakan beliau. Cukuplah saya menjadi pembaca kepada blog rakan-rakan yang sentiasa memberikan update bagi kes itu dan juga mendengarnya melalui berita TV. Bukan saya tidak berminat pada kes pembunuhan kejam – SANGAT KEJAM tersebut, cuma saya betul-betul kehilangan kata-kata dan ayat-ayat yang baik untuk itu kerana minda dan hati telah dibaluti dengan rasa kesal yang amat sangat, kata-kata mengutuk yang tidak tertahan, rasa kesal, Kesal, KESAL, KESAL….kenapa manusia sanggup membunuh? OK, STOP.
SALAM TAKZIAH kepada seluruh ahli keluarga kepada 4 mangsa pembunuhan kejam tersebut. AL-FATIHAH. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Amin.

.jpg)


komen-komen