Category Archives: kongsian

Penjual Handphone Bergerak

Bukan sekali dua nampak mereka. Bukan sekali dua juga mereka menghampiri saya.

Siapa itu? PENJUAL HANDPHONE BERGERAK.

Saya kurang pasti sama taktik pemasaran yang sebegini berlaku juga di tempat lain tapi yang saya yakin di daerah tempat saya bekerja, ianya seperti pemandangan yang biasa.

Orang berjualan Handphone di tepi-tepi kedai atau di kawasan parking lot. Tadi, ketika pergi withdraw cash di CIMB, ada seorang Penjual bergerak yang menyapa dan menunjukkan Handphone yang sedang dipegangnya kepada saya. Cepat-cepat saya masuk dalam ruang ATM machine dan pesan kepada kawan agar tidak melayan atau memandang matanya. Mana tau kalau dipandang, boleh memukau. who’s know. so better be extra careful. Penjual itu memang ligat mencari mangsa untuk menjual Handphone tersebut. Tetapi kenapa di depan bank? saya yakin kalau ada orang yang pergi withdraw cash secara bersendirian, mesti penjual tersebut lebih berani membuat promosi dan saya yakin dia punya ilmu pukau. Kenapa saya terlalu yakin dia punya pukau? sebab ada cerita kawan yang pernah menjadi mangsa penjual handphone bergerak. Dia dihampiri oleh penjual tersebut dan entah bagaimana dia menyerahkan cash yang dia baru keluarkan dari ATM machine dan bila dia sedari, dia sudah kehilangan dompetnya juga. So, masuk akal juga kan kalau saya begitu sangsi dengan penjual-penjual bergerak itu.

Sungguh menghairankan kenapa mereka boleh berjualan dengan bebas seperti itu. Terfikir juga, kenapa pihak berkuasa tidak memberkas mereka. The way they speaks, sounds they are not local. Menjejaskan pemandangan dan juga keselamatan serta keselesaan orang ramai. Mereka juga dikategorikan sebagai Penjaja HARAM, kan.?

Keranamu Tokek..

google image

Kenal gambar di atas? Nah, inilah Cicak Tokek atau dalam bahasa Dusun Kimaragang ialah POTOKI. Kenapa saya tiba-tiba memaparkan gambar tokek? Sebab saya terbaca dalam Utusan Malaysia online bahasa kes penculikan seorang ahli perniagaan dari Malaysia di Pulau Jolo adalah disebabkan oleh Cicak Tokek. Hmm, betulkah? Jom baca berita penuh tersebut:

KUALA LUMPUR 15 Mei – Penculikan seorang ahli perniagaan Malaysia di Pulau Jolo, selatan Filipina minggu lalu dipercayai berpunca daripada keinginan mangsa untuk mencari tiga ekor cicak tokek yang kononnya dipelihara di sebuah perkampungan di pulau itu.

Mangsa, Nazarudin Saidin, 38, yang baru beberapa bulan berjinak-jinak dalam perniagaan cicak tokek dikatakan sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan sebanyak RM4,500 untuk pergi ke Filipina menemui pemilik cicak itu yang dikenali sebagai Ghafar.

Perkara itu didedahkan oleh rakan mangsa, dikenali sebagai Ali yang mendakwa, Nazarudin dipercayai terpedaya dengan pelawaan Ghafar untuk pergi ke Filipina dan melihat koleksi cicak tokek milik lelaki terbabit untuk dijual.

Ali mendakwa, mereka dan beberapa lagi rakan pada mulanya melabur dalam perniagaan itu bersama seorang lagi kenalan dari Filipina yang dikenali sebagai Dr. Rodi, namun kerana kesempitan duit, Ghafar dilihat begitu berminat untuk membantu.

“Menurut Ghafar, dia mempunyai tiga ekor cicak tokek yang disimpan di rumah ibu mertuanya di Zamboanga dan atas galakan Dr. Rodi, kami mahu melihat sendiri haiwan itu.

“Bagaimanapun, Ghafar kemudian datang sendiri ke Kuala Lumpur memberitahu, cicak itu tiada di Zamboanga sebaliknya disimpan di sebuah perkampungan di Pulau Jolo dan saya bersama Dr. Rodi merasakan ada sesuatu yang tidak kena lantas mahu membatalkan hasrat itu,” kata Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Namun, dakwa Ali, Nazarudin tetap mahu ke sana dan berlepas pada 27 April lalu setelah menyediakan perbelanjaan sebanyak RM4,500 kerana mahu melihat sendiri koleksi cicak tokek milik Ghafar.

“Dia kemudian menghubungi saya beberapa hari kemudian dan memberitahu tidak melihat cicak itu lagi kerana ia berada di atas gunung di Pulau Jolo.

“Malangnya, pada 8 Mei lalu, Dr. Rodi menghubungi saya dan memberitahu, Nazarudin diculik dan ketika itu barulah kami tahu bahawa semua ini berkemungkinan perangkap Ghafar,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Ali mendakwa, dia diminta menyediakan 80 juta Peso (RM5.6 juta) untuk membebaskan Nazarudin ketika menghubungi penculik itu.

“Mereka meminta 5 juta Peso (RM348,317) sebagai duit pendahuluan dan disediakan beberapa hari ini jika tidak mahu melihat nyawa kawan saya itu terancam.

“Jumlah itu terlalu besar untuk disediakan keluarga Nazarudin mahupun kami kawan-kawannya. Apa yang kami pinta, penculik itu menangguhkan waktu serta bantuan dari kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia,” katanya.

Nota sampingan: Macam-macam boleh jadi zaman sekarang ini.

PingMe

Baik, kali ini saya akan berkongsi tentang satu page blog yang menyediakan perkhidmatan PING post iaitu dikenali sebagai PingMe. Pada mulanya saya mendapat maklumat ini dari seorang rakan blogger iaitu Puteri Cinta Hati yang mana post terbaru beliau menceritakan tentang ping mengeping ini. Selepas membaca post beliau itu, barulah saya berjumpa dengan pemilik sebenar PingMe yang best ini iaitu Yanmie yang telah bersusah payah mengajar saya untuk menge-Ping post saya yang pertama.
Menurut sumber dalam PingMe, kaedah menge-Ping post ini boleh membantu bloggers untuk mempromosikan blog atau entry terbaru mereka dan secara tidak langsung boleh meningkatkan trafik blog masing-masing. So, tunggu apa lagi? Jom kita Ping kan entry baru kita di Pingme