Jangan putus asa dan jangan sedih. Setiap orang itu ada rezekinya. Cuma yang bezanya antara cepat atau lambat. Apa yang penting doa dan bersabarlah banyak-banyak.
- Untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan.
Saya bukan seorang yang pandai berkata-kata. Bukan juga pemberi nasihat yang baik. Tetapi bila ada kawan yang inginkan kata-kata dorongan (kecewa akan sesuatu), biasanya ayat seperti di atas yang saya akan utarakan.
Secara jujurnya dulu saya tidak percaya pada rezeki, saya percaya pada nasib. Namun kegagalan demi kegagalan yang saya alami akhirnya mengubah nasib itu kepada rezeki. Saya mula mempercayai rezeki itu adalah urusan Allah. Jika Dia memberikan sesuatu itu untuk kita, maka dengan mudahnya kita akan mendapatkannya. Jika Dia tidak mengkehendakinnya untuk kita, tidak kita akan perolehinya. Percaya, ada hikmah sebaliknya.
Saya sentiasa percaya pada hikmah. Contohnya, kenapa setelah 6 tahun memohon KPLI, hanya pada tahun ke 7 saya berjaya? Ya, Allah mahu saya merasa apa itu erti kegagalan, mungkin sebelum itu saya agak bongkak dengan segala kejayaan yang saya terima dan saya tidak pernah gagal dalam setiap perancangan. Sepanjang 6 tahun sementara menunggu tawaran kerja yang lebih baik, saya mendapat banyak pengalaman kerja yang sangat berguna, yang tidak mungkin saya perolehi sekiranya awal-awal lagi saya berjaya dalam permohonan KPLI dan menjadi seorang Guru. Mungkin bagi orang lain, pengalaman kerja saya tidak bererti apa-apa, tetapi bagi diri saya sendiri pengalaman tersebut sangat banyak membantu membentuk keperibadian saya. Jadi orang sabar, teliti, menepati masa, menghargai wang ringgit serta kerjaya.
Banyak hikmah lain.
Untuk Nowriz,
Berdoa banyak-banyak agar dibukakan pintu rezeki. Jika harapan atau keinginan yang kita inginkan tidak ditunaikan, percaya bahawa ada yang lebih baik menanti.
Selamat berhujung minggu, semua. :)



komen-komen