Category Archives: people

Kalau ya pun..

Tiba-tiba terimbas. Suatu ketika dulu.

Masa sekitar jam 7pm.

Tarikh: 2011

Lokasi, Servay Bt 7, Sandakan.

Sedang saya dan kawan saya melihat-lihat barangan, tiba-tiba terlihat pula seorang wanita (lingkungan umur 40-an) yang agak menarik perhatian.

Kenapa?

Mukanya ada bedak sejuk dan pakai baju kelawar- baju tidur.

Saya dan kawan saya berpandangan, seketika terpegun dan paling sengsara ialah menahan ketawa. Mungkin rumah dia dekat dengan Servay kan, mungkin sebelah pagar saja. Jadi dia beranggapan Servay itu seperti rumahnya sendiri

Pernah melihat perkara seperti di atas?

Pesan saya kepada semua: Kalau ya pun rumah dekat, atau menjaga kecantikan atau kesuntukan masa, tapi berpada-padalah. Mungkin kamu merasakan itu adalah okay, tapi mungkin orang lain merasakan sebaliknya.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, saya dan kawan saya tertanya-tanya kenapa bedak sejuk itu tidak dicuci dahulu dan tidak memakai jaket atau sweater untuk menutup baju kelawarnya.

Saya pernah terlihat juga seorang wanita – (mama-mama), membeli barang di kedai dengan hanya berkemban (nasib baik ada juga singlet). Lupa di mana lokasi sebenar. Mungkin di Sandakan atau di Perak.

Entry yang tiada-tiada, tetapi sentiasa menjadi ingatan pada diri sendiri. Ada kala, saya agak malas bila diajak ke pekan, malas untuk berkemas. Tapi bila teringat mata orang ramai memandang si bedak sejuk dan baju kelawar itu, saya insaf. Haha.

 

Lisa Kelly IRT – Ice Road Truckers

Apa channel TV yang paling kamu suka? Mesti ramai di antara kita yang meminati lebih dari 1 channel TV kan? Secara jujurnya, saya tidak berapa suka menonton TV namun begitu ada juga channel TV yang saya suka dan sanggup melayan channel tersebut sekiranya saya ada mood menonton TV.

Channel apa?

AFC, TLC dan History channel.

Apa show di History channel yang saya suka? semua. Hari ini saya mahu share satu orang yang ada dalam show di channel tersebut. Siapa?

Gambar ambil dari www.history.com
Cantikkan orangnya. Seperti bintang filem

 

Lisa Kelly – Ice Road Truckers. Pernah tengok show ini? Show ini menceritakan tentang para pemandu lori/truck mengharungi perjalanan yang amat mencabar. Berikut sedikit tentang diri Lisa Kelly yang saya petik dari offical webpage beliau.

I was born in Grand Rapids, Michigan. My father, mother, brother and I moved to Sterling, Alaska when I was 6 years old. Sterling is a very small town of around 4,000 people. In fact, it was so small that we had to go to the next town to buy grocieries.

I grew up on a mini-farm, so I definitely have a small town, farm girl side to me and everything that comes with that; I love the outdoors, have a self-sufficient and can-do attitude and love animals. During high school, I worked at a family-run gas station and did everything from cashier and making espressos to pumping propane. I returned to Grand Rapids, Michigan for college. I went to Cornerstone University for one semester, returned home for Christmas break, crashed my best friend’s truck and had to spend money I didn’t have to buy it from her.

Setakat yang saya tengok, Lisa Kelly sangat cool sewaktu memandu walau dalam keadaan jalan yang  teruk berais, atau melalui jalan bertebing curam. Untuk melihat aksi Lisa Kelly dalam Ice Road Truckers, boleh lah ke channel 555 pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam atau terus ke page history channel untuk maklumat lanjut.