Category Archives: Permohonan

TERBARU!Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2013

Tadi cek laman web egtukar, tarikh semakan telah berubah pula. Mula-mula 21 Oktober dah boleh cek kini 3 Nov pula. Kepada semua yang sedang berdebar tu, sabar ja ya. :)

Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab teknikal keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2013 akan diumumkan pada 03 November 2012 .

Untuk semakan bolehlah klik image di bawah


Permohonan Pertukaran Guru Online egtukar Januari 2013

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.

Permohonan boleh dibuat secara online dalam laman web ini egtukar dan pastikan anda menggunakan browser Internet Explorer.

Untuk melihat opsyen yang dipertimbangkan pada pertukaran kali ini boleh masuk ke link ini Opsyen dipertimbangkan

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2013 dikeluarkan mulai 21 Oktober 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 03 November 2012 .

Selamat memohon dan semoga berjaya.

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1)

Sedikit makluman penting kepada semua pelajar terutama pelajar Lepasan SPM, Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf boleh dibuat secara online pada 15 November 2011 ini. Adalah dinasihatkan agar pelajar membeli nombor Unik ID terlebih dahulu sebelum membuat pemohonan. Nomber Unik ID boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan juga Permohonan online boleh melalui laman web ini: upu.mohe.gov.my

Sementara itu, Pemohonan untuk memasuki Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012 masih dibuka sehingga 19 Disember 2011. Untuk keterangan lanjut boleh melayari laman web Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam link ini: BPTV

Keputusan Permohonan e-gtukar Januari 2012

Keputusan permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011Ini maklumat yang terdapat dalam sistem e-gtukar.

Tetapi kelmarin saya ada call sebuah PPD, pegawai itu ada mengatakan keputusan rasmi boleh diketahui pada 10 November 2011.

So, kepada yang membuat permohonan pertukaran, bolehlah semak keputusan permohonan tersebut di laman yang sama iaitu di http://apps.moe.gov.my/epgo/

 

Permohonan Pertukaran Guru e-GTukar Januari 2012 dibuka 1 – 30 September 2011

Khas kepada guru-guru ya. Ada sesiapa yang bercadang. berminat atau terfikir untuk berpindah sekolah. Ya lah, mana tahu mengikut suami kah, mengikut  isteri kah…Baik ini ada sedikit maklumat untuk mereka yang berkenaan.

Permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian / Negeri, antara Daerah dan dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DG 32 (KUP time based), DG41, DG44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Keputusan permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011

Maklumat penting: Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segara sebelum sesi pertukaran bermula.

Maklumat lebih lanjut, bolehlah melayari laman ini : Sistem Pertukaran Guru Secara Online