Category Archives: Sukan

Hottest female Olympian – Javelin thrower Leryn Franco (Paraguay)


More picture at: Yahoo sports

Malaysia VS Singapura: Keputusan akhir Malaysia 3, Singapura 5

Wow, Bola Sepak?. Maaf, ini bukan ulasan perlawanan.

Saya pernah menjadi peminat game ini. Tapi dulu. Waktu itu, zaman kegemilangan Sabah dalam arena Bola sepak. Waktu itu, saya, kakak dan arwah bapa akan mendengar siaran langsung yang hanya disiarkan menerusi Radio (atau juga dalam TV, tapi waktu itu kami tidak punya TV). Waktu itu saya mampu menyebut nama-nama pemain terkenal negeri dan juga negeri lawan (sekarang sudah lupa- Hehehe). Minat ini berterusan hingga ke peringkat antarabangsa bila tinggal serumah dengan kawan-kawan yang juga hantu bola. Kenangan paling indah untuk game ini ialah ketika sama-sama menonton World Cup 2006 bersama rakan serumah. Bayangkan kami sanggup bangun sekitar jam 2 pagi semata-mata untuk menonton siaran langsung di TV.

Selepas itu, minat saya pada bola sepak makin berkurangan hinggalah sekarang. Bagi saya, permainan ini tidak lagi mampu membuatkan saya menjerit (menjerit excited ya, bukan menjerit gedik…hehe).

Sekali-sekala, saya duduk juga bersama rakan serumah menonton bola, tapi rasanya saya hanya memberikan reaksi yang biasa jika ada serangan demi serangan berlaku. Tidak ada perasaan selain tersenyum-senyum kosong melihat kawan-kawan serumah yang begitu excited menjerit bila pemain negara melakukan kesilapan ataupun melakukan serangan.

Dalam hati saya – Huh, cuba ko yang main sana, belum tentu dapat rasa tu bola- Hahahaha…untuk kawan serumah, kalau terbaca, jangan marah ya..


Google image

Malam ini Malaysia VS Singapura, dan saya menaip post ini bila selesai masa pertama. Keputusan semasa Malaysia 1, Singapura 4. Dua kali saya keluar bilik (pintu bilik saya biar terbuka dan mendengar jelas keluhan-keluhan 2 orang pemain handalan yang tidak tersenarai dalam pasukan Malaysia (hahahaha- jangan marah ya). Tapi sebenarnya Saya yakin, mereka berdua akan sangat sedih malam ini, sebab bagi saya keputusan akhir sudah jelas memihak kepada Singapura.

Nota sampingan: sebenarnya walau tidak minat, saya jeling-jeling juga live streaming  online dan malam ni saya tengok di sini : Malaysia VS Singapura. Sekurang-kurangnya tidaklah saya terlalu naive dan buta kata-kata bila time ulasan esok dan hari-hari seterusnya. (^_^)