Cerita Sabtu & Buffered Earning

Saya memang sengaja membiarkan blog ini tidak berkemaskini selepas entry sajak bertajuk Bicara Pada Bulan yang saya tulis 4 hari lepas iaitu hari Khamis. Bukan apa, selain dari idea yang tidak begitu terjalin dalam kotak minda, boleh dikatakan saya sedikit sibuk dengan kerja-kerja yang tidak keterlaluan untuk saya katakan sebagai yang lebih utama. Ya, rasanya bagi semua yang bekerjaya, mereka pasti tahu priority setiap tugas/ kerja yang mereka dapat dan akan sering dinasihatkan berulang kali agar mengutamakan status kerja yang SANGAT PENTING DAN SEGERA. Yup, rasanya aura serta inti pati ceramah Pengarah JPN Sabah, sudah mula meresap dengan perlahan dalam aliran darah tubuh saya. Hahaha..
Bagi mereka yang sangat rajin melawat dan meninggalkan jejak pada shoutbox blog ini, mereka pasti telah membaca akan mesej ringkas yang saya tinggalkan pada malam hari Jumaat lalu yang mengatakan bahawa esoknya saya akan menghadiri kursus di RDC, Sepilok Sandakan. (saya bertugas di Sandakan, Sabah). Ya, hari  sabtu esoknya awal pagi lagi saya dan rakan-rakan lain menghadiri kursus tersebut yang mana penceramah / orang yang memberikan kursus tersebut ialah Pengarah JPN Sabah sendiri.

 menuju ke dewan ceramah bersama rakan

Secara keseluruhannya, kursus (atau lebih pantas dipanggil ceramah) yang diberikan oleh beliau sangat banyak menyentuh tentang kerjaya dalam bidang Pendidikan, bagaimana melakukan tugas-tugas mendidik dengan baik dan berkesan, Peraturan-peraturan am dalam pendidikan dan saya secara peribadi boleh simpulkan ianya satu motivasi kepada kami semua untuk terus memberikan segala yang baik kepada anak bangsa. TERIMA KASIH!
Oh ya, saya telah mendapat BE saya yang ke 3 dan ke 4. TERIMA KASIH NUFFNANG!. BE kali ini adalah seperti berikut:

Buffered Earnings
CAMPAIGN NAME
BLOG
DiGi Postpaid YP iPhone LB
tulus dari hati
DiGi Postpaid YP iPhone Contest LB
tulus dari hati


Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua rakan-rakan blogger yang selalu datang ke blog TULUS DARI HATI, membaca entry dan sudi meninggalkan komen. SETULUS DARI HATI, saya sangat menghargainya.
  1. ye..
    kerjaya harus di utama..

  2. toyolkiut: ya betul..:)

  3. baik cikgu….hehe

  4. tersangat setuju. kerja-kerja di alam sebenar perlu diutama berbanding alam maya~

  5. si biskut..hehe

    Nobita: Ya..:)

  6. Selamat petang cikgu.
    Mendidik anak bangsa tu satu kerja yang mulia.

  7. baru hambe tahu kay adlh warge pendidik!

  8. Zezebel: terima kasih. Sama2 la kita berjuang utk mendidik anak bangsa.

    Uruchimaru: ya, kalau selalu baca post kat blog kay ni, korang tahu lah apa kerjaya kay yg sebenar dan uruchimaru betul..:)

  9. Sumandak Kinabalu

    tabik hormat sama c Kay ^ ^

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled