Diet untuk darah O

Apakah jenis darah anda?
Tahukah bahawa selain mengamalkan pengambilan makanan seimbang, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah sangat penting dalam usaha untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kesihatan sesorang itu?
Google Image
Sebenarnya saya sudah tahu akan hal ini, lama dulu tetapi tidak pernah ambil kisah dan saya makan apa sahaja yang saja mahu makan tanpa mengambil kira sama ada makanan tersebut sesuai dengan jenis darah saya atau pun tidak. Baik, hari ini saya ingin kongsikan sedikit info penting untuk saya yang berdarah 0. Semoga jadi panduan ketika memilih makanan kepada semua yang berdarah sejenis dengan saya dan juga UNTUK SAYA SENDIRI. (*_*)
Ciri khas golongan berdarah 0:
-  Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
-  Mudah mengadaptasi berbagai makanan
-  Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
-  Disarankan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat
   (Daging, buahan, ikan dan sayuran)
-  Golongan yang berisiko mendapat radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika
   makanan yang diambil tidak sesuai
Sumber: Baca Sini
Dalam sumber lain pula iaitu sedikit ringkasan dalam buku bertajuk DIET SIHAT untuk golongan berdarah O tulisan Wied Harry Apriadji & Mazlina Ismail, menyatakan begini:
 
Makanan yang merangsangkan peningkatan berat badan bagi kumpulan darah O adalah seperti tepung gandum, jagung merupakan bahan yang mengganggu efisiensi fungsi insulin serta memperlahankan kelajuan metabolisme. Manakala Kacang Merah dan Navy Bean, Kacang Dal mengganggu pemanfaatan kalori dan metabolisme zat gizi. Sayur seperti sayur kubis, kubis brussels, kubis bunga dan sawi merupakan sayuran yang mengganggu fungsi hormon tiroid dalam badan bagi golongan yang berdarah jenis O.
 
Makanan yang membantu penurunan berat badan adalah Rumpai laut (kelp), makanan hasil laut dan garam beriodin adalah makanan yang dapat meningkatkan produksi hormon tiroid serta mengandungi zat iodin. Manakala hati, daging ternak seperti lembu, kerbau, biri-biri dan rusa mengandungi sumber vitamin B yang tinggi dan dapat meningkatkan efisiensi metabolisme dimana meliputi pencernaan makanan, penyerapan sari makanan serta pembuangan sampah makan dan sampah metabolisme. Begitu juga sayur bayam, brokoli dan kailan.
Sumber: Baca Sini
Baca blog ini yang juga ada menulis tentang diet untuk golongan berdarah O: Furdunesia
 
P/s: Saya masih memerlukan data-data yang lebih update tentang diet yang sesuai untuk golongan berdarah O, jika rakan-rakan semua ada sumber yang lebih baik, harap sudi untuk berkongsi. Terima kasih
Leave a comment ?

12 Comments.

  1. aku suka info nie coz aku pon berdarah O.Aku pon paling suka makan rumpai laut..

  2. menarik dan patut aku buat sebab aku berdarah 'o' jugak.

  3. baguss info ni..walaupun my darah is AB..

  4. sa nda tau apa jenis darah sa o.. darah merah ja la..hehe

  5. si biskut: saya suka mkn brokoli, rupanya x sesuai utk darah saya.

    Izman: amalkan apa yang mampu..hehe

    HaNTwO: klik pada sumber yg pertama, ada juga info untuk jenis darah lain

    DreamChaser: g la cek bah..

  6. en3 yg best ^^

  7. sy pun darah o juga..terima kasih..=)

  8. suka info ni..
    maklum la toyolkiut pun dari jenis O-..
    tp doktor cakap O+ lg pyh nk cari..
    xtau la nape..

  9. wah saya pun bedarah O…patotlaaa payah nak kurus…rupa dok makan menda yg darah takleh terima…kkkikikiki…
    KAY thank's naaa sharE info beguna kat sini…

  10. hi NiD's, wlcome. ya kay pun baru tahu rupanya kalau makan kena tau apa yg sesuai ngan jenis darah juga..

  11. Salam……..
    Perkongsian yg amat mnarik,kbtulan gak sy ni golongan darah O.sy suke sngt makan sayur,x kisah sayur pa.tp yg paling sy x suke adalah segala jenis ikan.skrg ni brt badan sy naik 6kg.x th apa pnyebabnya.padahal x da perubahan dlm pola makan sy.so,cam mn nak turunkan berat badan sy…?please kasih saran buat sy….?

  12. <> sy dah follow…..please follow me too…

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled