Hati-hati menjadi penjamin

Hati-hati menjadi penjamin.

Hanya kerana menjadi penjamin kepada seseorang, anda sudah membuka pintu kearah kebankrapan atau muflis.

Sebenarnya saya pernah menulis tentang isu bankrap di negara kita dan salah satu daripada punca bankrap ialah menjadi penjamin korporat dan juga penjamin sosial. Dari sumber yang saya dapat pada masa itu memberikan sebanyak 4,291 orang bankrap kerana menjadi penjamin korporat iaitu menjamin pinjaman dibuat syarikat yang mereka ada kepentingan yang mewajibkan penjamin mesti Pengarah atau salah seorang Pengarah Syarikat dan sejumlah 3,726 pula bankrap kerana menjadi penjamin sosial, iaitu penjamin tanpa sebarang kepentingan kewangan seperti menjadi penjamin kepada pinjaman kenderaan adik beradik atau saudara mara. Bacaan lanjut BANKRAP.

Membaca Berita Harian hari ini (26 jun 2011), dua muka surat diperuntukkan tentang isu bankrap di kalangan penjamin kewangan dan diberikan juga jumlah penjamin kewangan yang bankrap sejak tahun 2005 ialah seramai 10, 064 iaitu sebanyak 5,285 merupakan penjamin korporat manakala baki 4,779 adalah penjamin sosial. Jumlah yang agak tinggi!.

KENAPA PENJAMIN BANKRAP?

Tidak ada sebab yang jelas diberikan dalam ruangan tersebut. Namun setakat apa yang saya faham, penjamin akan menjadi bankrap apabila peminjam yang dijamin gagal menjelaskan hutang pinjaman dan gagal dihubungi dan akhirnya penjamin yang menjadi mangsa keadaan.

tiada sebarang perlindungan untuk mengelak penjamin daripada tindakan muflis kerana mereka terikat secara perundangan untuk membayar balik pinjaman jika peminjam gagal berbuat demikian. Peminjam perlu sedar tanggungjawab mereka sebelum menandatangani sebarang dokumen perjanjian” – Mohamed Akmal Sultan, Ketua Esekutfi AKPK.

Selain itu, sikap ambil mudah dan kurang pengetahuan tentang tanggungjawab dan risiko turut menyumbang kepada faktor kebankrapan di kalangan penjamin terutama sekali jika pinjaman yang dijamin itu melebihi RM30,000.00.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil pula mengatakan bahawa sesiapa yang menjadi penjamin harus tahu implikasinya kerana mereka memikul tanggugjawab sangat berat dengan satu tugas utama menentukan peminjam sentiasa mematuhi kontrak dengan pemiutang.

Beratkan risiko menjadi penjamin.

Jadi hati-hatilah menjadi penjamin. Walaupun untuk menjamin ahli keluarga yang rapat, seharusnya kita perlu berhati-hati untuk menjadi penjamin. Jangan kerana orang lain, diri kita yang akan mendapat susah.

Leave a comment ?

10 Comments.

  1. hi…nasib baek aku lom penah g jadi penjamin..hehe..nak cari penjamin pun susah sngat..semua x caya…
    josrevalution2011 recently posted..cara buat 3 colum pada footer template blogMy ComLuv Profile

  2. sy setuju ni artikel.. terutama penjamin tuk loan pendidikan.. bukan apa.. kesian tu penjamin.. dia suda sudi menjamin kita supaya dapat loan belajar.. bila kita habis belajar.. kita pula liat2 mo bayar loan bila uda kerja… nda pasal2 penjamin kena banned..

  3. nnti nama turut jadi blacklist kalau si peminjam lari… mana adil tu.. baik tak payah huhu
    uLan recently posted..KIM KARDASHIAN DAN GAMBAR XRAY PUNGGUNGMy ComLuv Profile

  4. tak berani nak jadi penjamin untuk seseorang , tak kira dari sebab nak buat loan atau nak minta kerja…
    khairil recently posted..Inikah Dikatakan Jihad?My ComLuv Profile

  5. macam mana saya nk berhubung dengan kay masingan yee?

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled