Hidup umpama roda

Hidup ini umpama putaran roda, ada masa kita berada di atas, ada masa akan berada di bawah.

Dari kecil saya sudah mendengar kata-kata di atas. Entahlah, kenapa mesti sejak kecil. Mungkin juga abang serta kakak saya waktu itu sedang belajar kata pepatah, peribahasa atau kata bidalan. Ya, mungkin.

Menjadi pelajar, akhirnya saya berpeluang untuk mendalami ungkapan ayat tersebut. Memang ianya kena pada banyak situasi. Dulu, saya sering mengaitkan ayat tersebut kepada golongan artis  (waktu itu saya gila membaca Majalah MEDIA). Ya lah, kehidupan artis kan tidak selamanya berada di zaman popular, ada masa akan jatuh juga dan akhirnya akan hilang dalam ingatan masyarakat.

Bila menjejaki alam kerjaya, saya mula mengaitkan ungkapan ini dengan situasi yang lebih real, iaitu situasi di persekitaran kerja. Dalam sesebuah organisasi, kita maklum adanya tingkat-tingkat kepimpinan. Ada yang menjadi ketua, ada yang menjadi pekerja biasa. Ada ketua yang baik, ada ketua yang dihormati, ada ketua yang disegani, ada ketua yang ditakuti, ada ketua yang langsung tidak dipandang oleh golongan bawahan dan sebagainya.

Tetapi yang biasa terjadi ialah – ketua yang ditakuti tapi tidak dihormati. Golongan seperti ini selalu wujud dalam organisasi. Ketua yang ditakuti biasanya mempunyai kebolehan untuk mewujudkan suatu perasaan takut atau tertekan di kalangan pekerja bawahan atau rakan sekerja. Takut untuk bekerjasama.

Ketua seperti ini juga sangat suka mengarah-arah. Sangat suka ikut campur dalam setiap perkara dan suka juga memalukan rakan sekerja di hadapan rakan sekerja yang lain. Ya lah, sudah ada pangkat sebagai ketua. Mestilah dia boleh bertindak sesuka hatinya dan akhirnya mewujudkan situasi takut dan tidak senang (benci) di kalangan orang bawahan atau rakan sekerja.

Lalu, ramai yang ternanti-nanti dan berharap-harap ketua seperti ini menjadi pekerja biasa dan bukan lagi ketua.

Baru-baru ini berlaku sedikit perubahan organisasi di tempat saya bekerja dan si ketua yang jahat ini tidak lagi menjadi ketua.

Apa yang terjadi bila ketua yang jahat ini menjadi pekerja biasa?

Seperti dia tidak wujud dalam organisasi tersebut. Tidak ada lagi yang takut kepadanya. Apakan lagi hormat, sebab selama ini dia sendiri tidak menerapkan nilai hormat itu dalam dirinya dan juga orang lain.

Tahap kedudukanya pada masa ini adalah seperti berada di bahagian roda yang paling bawah sekali. Entah bila lagi akan berada di atas.

Nota sampingan: Maaf jika tulisan ini agak celaru. Saya sengaja menulis begitu agar tidak jelas sangat. Apa yang pasti, kisah si ketua jahat ini menjadi suatu pengajaran kepada diri saya sendiri agar sentiasa berpada-pada dalam segala situasi.

Leave a comment ?

11 Comments.

  1. eya..betul tu sis..harus bjaga2 dgn kesah c ketua…jgn mudah bputus asa ya=)
    azeanthy paiman recently posted..Somewhere in Sub-urbsMy ComLuv Profile

    • ya yan, kena hati2 dalam menjalani hidup kerjaya ni…walau kita pekerja biasa tapi kadang-kadang ada masa kita kena bagi arahan, so waktu bagi arahan tu, kena bagi arahan dengan cara yang baik dan tidak menjejaskan hubungan dengan rakan sekerja…

  2. Saya faham ini, Kay. Saya pernah bekerja dgn org yg gitu. Bila tiba-tiba keadaan berubah n dia berada di bawah bersama-sama dengan kami (org yg dia kasi jahat masa dia di atas) kami langsung tidak pandang dia sudah. Bukan membalas dendam sama dia, cuma sudah terbiasa ‘tidak menyukai’ dia.
    Gunaqz recently posted..Told you I’ll be back before you know it.My ComLuv Profile

  3. kesian si ketua.. tapi apa boleh buat.. terlajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan.. tanggung sendiri la.. semoga dia menyesal & mendapat pengajaran dari perbuatan dia sendiri la kan.. ;)
    nowriz recently posted..Aku TerujaMy ComLuv Profile

    • ya, sebab itu kita kena hati2 bila berada di atas kan nowriz..pangkat tidak akan bawa kita kemana..sebab itu kena gain respect dari orang lain, so orang pun akan respect sama kita…

  4. paling best kalau ada leader yang tau menghargai nilai setiap orang bawahan dia.macam 2nd bos aku cakap,”kita tidak boleh terlalu berkeras pada seseorang,mungkin satu masa nanti orang itulah yang akan tolong kita”.
    ghost writer recently posted..sharp-shooterMy ComLuv Profile

  5. kehidupan memang macam tu..tapi what goes around comes around kan? :)
    elie lily recently posted..Sometimes, Being Alone Is Soo COOL!My ComLuv Profile

  6. wah kay..ngam ni post ko sama sa hari ni owh..nanti sa cerita version saya..lebih kurang la..

    mau jadi ketua tapi tiada leadership.walau mana pintar pun kalau kureng leadership x juga akan jadi tu.. kalau tu ketua selalu saja mengarah tanpa kerja sama..memang dia bukan ketu yang bagus.
    beaty recently posted..Terbakar dan TampalMy ComLuv Profile

  7. hi there….. kalu sa pula kan…. sa memang x respect tu ketua yang menakutkan tu….. bikin buang masa sa saja, dah lah bikin takut arahan pun putar belit….yang paling sandi tu pandai kaci batu api lagi…. apa barang title ketua kunun.. ada lagi…… yang sama taraf dengan kita pun berlayak-layak macam ketua… huh ini lagi plng bkin panas… mengampu saja kerja dia.. (marah Nie..)

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled