Populariti Melonjak naik: Soo Wincci

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Soo Wincci (gambar) mengakui populariti program masakan itu telah melonjakkan namanya di kalangan peminat bukan berbangsa Cina. Soo Wincci, 26, berkata, sepanjang empat tahun bergelar penyanyi dia tidak pernah mendapat perhatian yang begitu hebat daripada para peminat dan keadaan itu berubah selepas dia menyertai program berkenaan.

“MasterChef Selebriti memang telah mengubah hidup saya sebagai seorang artis dan saya amat bersyukur kerana peminat saya kini bukan sahaja dikalangan kaum Cina tetapi juga Melayu dan India,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pra-dengar album berbahasa Malaysia pertamanya di sini pada Selasa. Tambah Soo Wincci, populariti tersebut akan digunakan sebaik-baiknya untuk mengembangkan kerjaya secara lebih menyeluruh pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia telah lama berhasrat untuk menghasilkan sebuah album berbahasa Malaysia selain amat teruja dapat bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai. Katanya, Ajai seorang yang sangat teliti dan pada masa sama memahami kehendaknya sebagai seorang penyanyi dan mereka serasi bekerjasama.

“Ajai adalah seorang yang cukup sabar dengan apa yang dilakukan dan sebab itu juga album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.

“Bagaimanapun saya sangat berpuas hati dengan hasilnya dan tidak sabar untuk peminat mendengarnya,” katanya.

Bagaimanapun dia tidak menafikan popularitinya kini adalah masa yang tepat untuk dia melancarkan album tersebut.

“Pada dasarnya saya sudah merakamkan album ini setahun lalu tetapi terpaksa menangguhkannya kerana terlibat dengan pelbagai komitmen.

“Bukan mengambil kesempatan tetapi saya rasa ini adalah hikmah untuk saya dan populariti yang ada ini harus digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci memberitahu single pertamanya sudah pun dilancarkan berjudul Terus Teranglah yang menampilkan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow.

Bagi album itu nanti ia akan mempunyai empat buah lagu sebagai permulaan dan akan berada di pasaran pada bulan September depan. Empat lagu tersebut adalah Nombor 1, Terus Teranglah, Jangan Risau dan Musim Asmara.

Sumber

Leave a comment ?

10 Comments.

  1. Sya suka dia ni..pandai buat dessert :)

  2. cantik juga dia ni…

  3. cantik dia ..n sa suka dia sb dia berusaha ckp melayu dlam master chef..

    n dia kira kreatif juga ni

  4. cntik la dia…ptutla nama cepat mlonjak naik..

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled