Sinopsis Drama Dejavu Di Kinabalu

Kehilangan dan kekosongan dalam hati Ammar masih terasa walaupun insan yang tercinta sudah 3 tahun meninggalkannya. Mungkinkah ini hanya satu kebetulan ataupun takdir apabila dipertemukan dengan Nadira yang mempunyai ciri-ciri sama seperti arwah tunangnya? Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali mereka berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa antara Ammar dan Nadira.

Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah.

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara.

Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Aqasha (Ammar) & Tiz Zaqyah (Nadira)

Credit to: budiey.com

Leave a comment ?

12 Comments.

  1. Sya pun tengok..memandangkan sya ngam2 nampak dari 1st epi so teruskan tgk la hehe.. oh mesti jantung si Inara tu kena transplant tpt c Nadira la ni kan..

    • iya bilang kwn saya begitu lah. ada konon drama korea mcm drama ni..siuk lah sa rasa, sa ni memang susah btl mo tingu drama melayu tapi drama ini buat saya tertunggu-tunggu the next day pula.:)

  2. kay sa baru tinu semalam .. sa inda tingu dr ep 1 but sa rasa mcm ok juga o..ada fight sama Nora Elena..n sa suka sebab tajuk dia ada KINABALU bah..best lgi2 ada aqasha and tiz..ngam durang.

  3. Mcm best saja tu cerita dia kan..tapi saya selalu termiss kalau mau tgk nie…huhu

  4. Saya tinguk ni cerita sebab mau dengar slang-slang Sabah dalam tu ja. Hahaha.

  5. Wow,that is so touching. Thanks a lot for sharing..http://kimkardashiantapenews.com

  6. waa.mcm best saja oo…tmbh best klu ada slang2 sabahan ni..hee…gonna watch them soon=)

  7. Sia belum tingu lagi ni drama tapi mcm best ja ni..
    p/s: lama suda sia nda lawat site ko kay..

  8. sy pun layan ni..sbb tetinguk episod 1…ehehehhe

  9. mcm bez ohh..haizz sy harap tu Nada Cinta cepat2 habis so i can watch this..

  10. tak tengok pun..tv tkde kat uma.hehee

  11. Sy tertgk 1st epi time d hosp. Teruskan tgk sbb gunung kinabalu!! Mcmana laitu kalau kenapatan kan oleh bazli? Suspen pula! Hahahah..

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled