Subjek Vokasional di sekolah dimansuhkan mulai tahun depan

Mata pelajaran vokasional (MPV) akan dimansuhkan di semua sekolah harian secara berperingkat mulai tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah berkenaan dibuat sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional seperti yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini.”Semua sekolah harian selepas ini tidak lagi diajar MPV. Bagi mereka yang berminat belajar dalam bidang tersebut, kerajaan akan menyediakan peluang di Kolej Vokasional menerusi Program Asas Vokasional (PAV).

“PAV ini dikhususkan untuk pelajar peringkat Tingkatan 1 hingga 3 dan mereka turut diberikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan perancangan, semua peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran MPV serta Kemahiran Hidup di sekolah harian sedia ada akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Kolej Vokasional kelak.

Beliau berkata, kementerian turut bercadang melanjutkan tempoh pengajian peringkat menengah atas kepada tiga tahun berbanding dua tahun di sekolah menengah teknik atau vokasional sebelum ini.
“Selepas pelajar menamatkan peringkat pengajian menengah atas di Kolej Vokasional selama tiga tahun, mereka layak diberikan SKM Tahap IV,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya Kementerian Pelajaran sudah memperuntukkan sejumlah RM242.6 juta untuk Program Biasiswa Kerajaan Persekutuan, Biasiswa Sukan dan Biasiswa Pra-Universiti untuk tahun ini.

sumber: Berita Harian

Kenapa saya highlightkan perkataan Kemahiran Hidup? Sebab Kemahiran Hidup merupakan option saya dan sekiranya subjek Kemahiran Hidup sudah tidak ada di sekolah harian biasa, maksudnya saya tidak lagi dapat mengajar subjek yang memang option saya. Sedihnya.

Leave a comment ?

15 Comments.

  1. kay sa dengar tadi berita ni..kenapa pula dorang mau kasi mansuh lagi ni.. aikk..jadi kalau kena mansuh apa la yang guru KH mau ajar?

    adehhhh kay mcm2 la kan.

    sa ada dengar yang ada sekolah jenis lain akan menawarkan subjek KH dan bila tamat trus dorg dapat SKM 1 & 2 ni
    Beaty recently posted..Naruto and BleachMy ComLuv Profile

    • saya pun inda tahu la beth plan Kementerian. Jadi kami yang guru KH ni mahu tidak mahu kena ajar subjek lain lah…apa buli buat, kecuali minta transfer ke sekolah teknik dan vokasional.
      kena dengar apa perkembangan isu ini lagi lah..

  2. aduh nak ajar apa lak kita lepas ni….kena belajar subjek yang baru lak..jangan bg sejarah sudah…pengsan la aya kalau dapat sejarah…dapat geografi leh gagah g…huhuhu

  3. mimie zainudin

    kay, semua barang2 MPV dan KH akan dihantar ke kolej yang akan dibuka nnt…kita akan mengajar subjek2 yg ada di sekolah teknik contohnya ; fabrikasi logam, elektrik dan elektronik, penyejukan dan penyamanan udara, ert, kimpalan, binaan bangunan etc…tidak pasti pula sama ada kita akan diberi option utk mengajar subjek lain dan kekal di sekolah sedia ada ataupun mungkin juga kita dipindahkan atau diberi peluang utk pindah.dengar2 jugak semua guru KH akan diberi kursus ttg subjek baru yg akan diperkenalkan nnt..apapun, kita tunggu dan lihat..in the meantime, dont stop updating us on this..hehe

  4. ini KPM mau buat plan apa ini, jangan jadi tikus sudahlah.., semua cikgu teknik sudah panik… aku cadang hapuskan semua subjek teori disemua sekolah, sebab budak kita tak boleh buat apa-apa pun cuma boleh jawab soalan exzam aja. praktikalnya hampeh, tukar semua sekolah akademik jadi sekolah praktikal yang murid nya boleh buat benda betul bukan temberangnya aja.

  5. payahlah,guru kh semua kaki malas,makan gaji buta,bazir ja kauorg.

  6. nampaknya kbyakan guru kh dpt cangkul ja di peringkat spm,payahlah nak suruh ajar mth,sains,bi…….langsung tak boleh!kesiannya…….guru kh…..balik kg tanam jagung,bela ayam,itik….tanam sayur,itulh yg dikatakn kemahiran utk hidup.

    • najib, apa fakta yang menyokong penyataan kamu – guru kh semua kaki malas, makan gaji buta- tolong berikan. jangan memberikan suatu penyataan yang boleh menyingung hati orang lain. Saya mungkin ok, tapi bagaimana kalau saya ambil berat dengan kenyataan kamu di sini dan panjangkan kepada pihak yang tertentu? kalau nak komen, fikirlah baik2 sebelum tulis. zaman sekarang ni, mudah nah cek IP adress.
      Apa pun terima kasih datang beri pandangan di sini..:)

      • menurut kajian i di u,hampir 100% drp pljr yg kh adlh terdiri drp mrk yg lemah mth dan bi,fizik,kimia,serta subjek sains yg lain, pljr yg cerdik pandai kbykannya drp bidang kejuruteraan,tak percaya sdri blh lakukn study pd diri sendiri,cekapkah sdr dlm Mmth mahupun subjek sains tulen?kalu pandai cuba kau ajarlh Mmth ka sek dan pastikn anak mrd pandai mcm kau,kalu x akur sajalh ….tak lama lagi journal kajian i akan dibentangkn. sabar…..!buat masa ni tenaga pengajar di sek vokasional dn teknik 80% terdiri drp graduan kejuruteraan bkn kh,harp maklum!semoga terus maju jaya,dn sama-sama kita menuju ke arah zaman TRANSFORMASI!

        • saudara najib, anda bcakap bukan seperti seorg researcher yg layak membentang kajian anda d mana2 either dlm negara,jauh sekali international level.sorry to say.fakta x jelas n bercakap seperti menjatuhkan imej sesuatu kumpulan.research seperti ini yg akan ditolak utk dianugerahkan sebarang nilai o penghargaan.saya sedang membuat reseach berkenaan pendidikan teknik n vokasional ini pada peringkat tinggi…n saya dapati guru2 MPV n KH semua adalah golongan cukup terlatih, siapakah anda utk mempersoalkan perlantikan jawatan guru2 oleh kementerian?kenyataan anda “tenaga pengajar di sek voc n tech 80% terdiri drpd graduan engineering bkn kh”-jelas anda tidak dapat bezakan antara KH n MPV, malah mungkin tidak tahu berapa byk opsyen MPV n KH yg ditawarkan pada peringkat ijazah pertama di IPTA… menyedihkan saudara najib tidak tahu menbezakan antara MPV, teknik n vokasional, n KH..anda belum capai tahap membentang lagi, kalau anda bentang kajian kerja anda, anda akan memalukan diri anda sendiri,institusi yg anda wakili,penganjur seminar/conference n juga supervisor anda.jika supervisor anda benar2 seorg berilmu beliau tidak akn membenarkan advicee beliau membentangkan isu yg tidak berguna seperti isu anda.sila kaji semua kurikulum ketiga2 bidang ini.

  7. takpa la kalau kh di jumutkan.. cikgu akan mengajar PAV lak.. nanti diaorang panggil cikgu p kursuslah tu.. jgn risau.. bukannya senang nak buang cikgu.. setahu saya, guru2 KH akan diserapkan ke PAV jgn risau la ..javascript:grin(‘:lol:’)

  8. Wah.. saudara najib, hebat sungguh kata-kata..
    pengalaman saya mengenai KH vs Sains dan matematik..
    Sekolah Biasa vs Vokasional Vs Teknik..

    1. sains dan metamatik.. Berguna ketika di sekolah sahaja.. cemerlang di sekolah saja.. dalam kehidupan seharian orang inilah paling lemah.. dak ada keupayaan “survival” dalam kehidupan.. golongan paling bergantung kepada orang lain.. benda kecik pasal kemahiran pun kena minta orang buat.. tak semua la ya.. tapi lebih ramai yang begini..

    Saya salah seorang guru teknikal.. ketika belajar dahulu Pengajian Kejuruteraan Jentera & Lukisan teknik adalah “makanan” saya.. matematik dan sains tu tak la lemah sangat.. bila masuk ke IPT, bab amali saya paling lemah menyedarkan saya betapa hebatnya orang vokasional ni..

    Saya sepatutnya diposting ke sekolah teknik.. malangnya, saya dihantar ke sekolah biasa ajar MPV.. sayang di sekolah biasa MPV tidak diajar.. jadi mengajar la saya ICTL dan KH.. budak-budak lemah dalam matematik paling hebat dalam pertukangan.. budak hebat sains pegang tukul pun takut… paling manja la katakan.. jangan salahkan budak-budak ni.. manusia dilahirkan dengan pelbagai keistimewaan masing-masing..

    Pasal transformasi??
    Saya dah 5 tahun mengajar.. gaji tu jugak.. setakat cukup makan.. kebelakangan ni saya terfikir nak fokuskan pada develope kemahiran.. pasal apa? kontraktor yang ada SKM saja tu pun boleh dapat 6-20ribu dengan berbekalkan kemahiran.. saya nak servis air cond bayar Rm100.. bukan tak tau buat, tapi dah jadi amalan kali servis bagi orang mcm dorang..

    beberapa bulan kebelakangan ni, saya tiba-tiba tergerak nak beli peralatan servis sendiri.. kos dalam Rm1000 kadang-kadang bila servis air cond orang, buat sebelah petang selepas balik mengajar.. jam 3-6 ptg.. 3 air cond.. 300.. tak akan lari 1 minggu 500-600 pendapatan.. hujung bulan kadang-kadang lebih mahal pendapatan servis air cond berbanding bertugas sebagai guru.. ckp pasal tugas saya sebagai guru?? dont worry klu dah masuk 5 tahun mengajar semua BBM tu dalam komputer semua canggih-canggih semua, Courseware, Power Point etc.. zaman canggih ni..

    Baru juga sekarang ni saya menjadi penceramah untuk kursus kontraktor berasaskan kemahiran saya. Air Cond.. sekali kursus RM500 untuk 1 ceramah(tiap bulan sekali).. saya berani katakan.. tak jadi guru pun tak apa.. Fokus ceramah ini adalah “warga negara” yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi.. yang IQ rendah bilang saudara najib.. tapi puji tuhan.. mereka sesudah mengikuti kursus boleh mendapatkan paling kurang pekerjaan sebagai technician mahir.. atau kalau ada modal menjadi kontraktor air cond..

    sudah beberapa tahun PPSMI (SAINS dan METAMATIK) ini diagung-agungkan.. akhirnya GAGAL.. sebab sains dan metamatik tu setakat untuk memenuhi GRED KELULUSAN CEMERLANG seperti di luar negara tetpai dalam kehidupan seharian ia GAGAL.. kehendak industri negara kita bukan SAINS dan METAMATIK tetapi KEMAHIRAN tinggi. jadi kena “PUSING” sikit mind set pasal kemahiran ni..

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled