Dari hujung tahun lepas hingga kini isu SBPA merupakan topik hangat perbualan terutamanya di kalangan penjawat awam di Malaysia. Kenapa?
Masing-masing punya alasan tersendiri tetapi bagi saya kerana cara “perlaksanaan” sistem ini yang agak unik. Pada bulan Disember 2011, mula-mula sekali SBPA diperkenalkan tempoh yang diberikan untuk memilih sistem tersebut hanyalah 15 hari. Waktu itu kebanyakan penjawat awam (terutama guru) sedang bercuti. Kedua, dijanjikan SBPA akan dilaksanakan pada bulan Januari 2012, tetapi sampai sekarang semua itu belum terjadi. Masih dalam status “Pending”
Akhrinya satu PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI akan diadakan pada hari ini mengikut ketetapan berikut:
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Apakah pengumuman penting yang bakal disampaikan oleh PM kita? Pengumuman PRU 13? Pelaksanaan sepenuhnya SBPA? Ya, kedua-duanya punyai kemungkinan yang amat tinggi.
Walau apa pun, semoga pengumuman yang bakal disampaikan oleh PM itu kelak akan menjadi episod akhir bagi isu SBPA yang PANAS selama ini dan sama-samalah kita nantikan berita GEMBIRA tersebut.


komen-komen