Tag Archives: Salma mentor 5

Single pertama Salma Mentor 5 – Aku Permata dan lirik

Rupanya para finalist Mentor 5 sudah ada single masing-masing yang mana akan dipertandingkan semasa konsert akhir nanti. Lagu finalist pilihan saya, Salma bertajuk Aku Permata, dan komposernya ialah Taja dari MUH (Meet Uncle Hussien). Klik gambar  Salma di bawah untuk ke video tersebut.


Aku Permata


Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut

hati merintih terkunci mulut membisu

perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya

liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

 

di sudut kecil hatiku sering berkata

apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya

ku beranikan diri menongkah arus yang deras

demi hari esok ku relakan

ohhhhhh……

 

chorus:

Walau tiada tangan menghulur

kan ku tetap berdiri teguh

ku bangkit semula

Tuhan, hanya engkau mengerti

perjalanan hidup seorang insan

 

kini ku jauh memetik bintang di langit

berakhir musim dingin

kini mekar bunga indah

tinggallah memori terpahat di dalam dada

terjawab sudah segalanya

 

Ulang chorus

Aku hanya ingin merasa

kemanisan hidup di dunia yang kudambakan

Tuhan hanya engkau mengerti

perjalanan hidup seorang insan

 

walau tiada tangan menghulur

kan ku tetap berdiri teguh

ku bangkit semula

Hanya titipkanlah doa

agar permataku terus bersinar- 2x


Dengar banyak kali lagu ini dan memang best. Sangat best.!

Nota sampingan: Lirik ini, saya salin sambil mendengar lagu Aku Permata, so kalau ada tersalah tulis, mohon maaf ya.

 

Salma Mentor 5 – Ke final juga

Secara jujurnya saya tidak begitu mengikuti program ini tetapi saya selalu mendengar dan melihat persembahan para protege melalui youtube terutama sekali Salma. Malam tadi, merupakan separuh akhir yang ke-2 dan malam tadi juga diumumkan peserta yang layak ke final. Selama ini hanya 2 orang peserta yang dipilih tetapi kali ini ada 3 orang semuanya akan berentap di konsert akhir. Peserta-pesertanya ialah Iqa – Protege kepada Edry Kru, Shiha protege kepada Datuk Sharifah Aini dan juga Salma protege Erra Fazira.

Sebenarnya saya sedikit pelik dengan markah yang diperolehi oleh Salma pada konsert malam tadi dimana dia hanya mendapat markah yang ke-3 tertinggi dan tidak tersenarai ke peringkat akhir jika program tersebut masih mengekalkan 2 peserta ke peringkat akhir. Selama ini Salma yang selalu mendapat markah paling tinggi, tetapi kenapa tiba-tiba markahnya begitu jauh ketinggalan berbanding Iqa dan Shiha?

Nasib baik, Salma tetap ke Final..Apapun semoga Salma berusaha lebih gigih untuk menjadi juara. Go Salma Go.