Tag Archives: SBPA

SBPA sah dibatalkan

Perdana Menteri mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam, SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia, SSM yang ditambah baik. Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.

Turut diumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi kumpulan Gred Utama C,B,A 9%, Gred Turus 3 dan 2 8% dan Gred Turus 1  dan Ketua Setiausaha Negara 7%. Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80 hingga RM320 bagi Gred 1 hingga 54 manakala gred bagi JUSA kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Datuk Seri Mohd Najib membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Khas Bersama Penjawat Awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sumber

Berita baik untuk penjawat awam – SBPA dilaksanakan?

Dari hujung tahun lepas hingga kini isu SBPA merupakan topik hangat perbualan terutamanya di kalangan penjawat awam di Malaysia. Kenapa?

Masing-masing punya alasan tersendiri tetapi bagi saya kerana cara “perlaksanaan” sistem ini yang agak unik. Pada bulan Disember 2011, mula-mula sekali SBPA diperkenalkan tempoh yang diberikan untuk memilih sistem tersebut hanyalah 15 hari. Waktu itu kebanyakan penjawat awam (terutama guru) sedang bercuti. Kedua, dijanjikan SBPA akan dilaksanakan pada bulan Januari 2012, tetapi sampai sekarang semua itu belum terjadi. Masih dalam status “Pending”

Akhrinya satu PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI akan diadakan pada hari ini mengikut ketetapan berikut:

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Apakah pengumuman penting yang bakal disampaikan oleh PM kita? Pengumuman PRU 13? Pelaksanaan sepenuhnya SBPA? Ya, kedua-duanya punyai kemungkinan yang amat tinggi.

Walau apa pun, semoga pengumuman yang bakal disampaikan oleh PM itu kelak akan menjadi episod akhir bagi isu SBPA yang PANAS selama ini dan sama-samalah kita nantikan berita GEMBIRA tersebut.


Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

Pagi ini, bangun dengan keadaan otak bercelaru. SBPA. Ya, tidak sangka SBPA ini mampu menyebabkan saya dan saya yakin ramai lagi penjawat awam di luar sana bingung. Apa tidaknya, keluar dalam berita sebelum ini bahawa tempoh sama ada kekal dibawah SSM atau memilih SBPA hanyalah sampai akhir bulan ini. Pada masa yang sama pula, Cuepacs menasihati penjawat awam agar jangan tergesa-gesa menandatangani opsyen SBPA dan memintah dilanjutkan tempoh. Pening kepala, tambah lagi secara peribadi saya tidak faham akan SBPA ini tetapi…..tidak apalah, tidak boleh saya nyatakan semua sebab saya berada dalam situasi : SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs membuat pendirian tegas meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang akan dikuatkuasakan 1 Januari ini, dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Maklumat lanjut:Cuepacs mahu JPA tangguh SBPA, runding semula dengan kesatuan

 

SBPA- 15 hari buat pilihan

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam. Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Untuk maklumat tambahan, mari kita lihat kadar gaji baru mengikut SBPA 2012.

Kadar kenaikan gaji baru mengikut SBPA bagi bagi gred N:- 

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 KGT RM 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 KGT RM 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 KGT RM145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 KGT RM180

Kadar kenaikan gaji baru mengikut SBPA bagi bagi gred J:-

SSM J17 = SBPA J4-1 RM  980-RM2805 KGT RM95
SSM J22 = SBPA J4-3 RM1935-RM3545 KGT RM115
SSM J26 = SBPA J4-5 RM2290-RM4040 KGT RM125
SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

 

Sumber: mummynemo

Nota sampingan: Saya belum faham tentang SBPA ini. Kepada sesiapa yang ada maklumat lanjut, tolong kongsikan. Terima kasih.