Tag Archives: Sesaat Kau Datang lirik

Betulkah ikhlas? – Sesaat Kau Datang

(Sebahagian lirik lagu Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft SleeQ)

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu


Perasaankah ada yang kurang betul dengan lirik lagu Sesaat kau datang – Ramlah Ram ft Sleeq? Saya baru perasaan pagi ini. Kebetulan teringin menyanyi lagu ini, jadi saya pun google lah lirik lagu tersebut dan terperasaan ketidak tentuan liriknya.

Lirik sebelum tertulis ikhlas melepaskanmu tapi bila baca lirik akhir bunyinya seakan sakit hati dan berbau dendam. Apa kes? Betulkah ikhlas?

Ku harap ada karma yang datang kepadamu – Karma secara ringkas bermaksud pembalasan.

 

*terlalu sakit hati lah tu kan (ditinggalkan kekasih), sampai ikhlas hanya pada kata sahaja. :)