Zeila Jalil kembali berlakon- Tahajjud Cinta

Sejak minggu lepas, dan juga hari kelmarin, cerita-cerita yang hangat di pejabat tempat saya bekerja ialah tentang filem dulu-dulu. Memang banyak filem yang menjadi mangsa ulasan para pengkritik tidak bertauliah dan salah satunya ialah filem Perawan Malam. Ingat filem itu? Heroinnya ialah Zeila Jalil. Tentunya bila bercerita tentang filem itu, ramai yang ingat akan babak makan daging ayam mentah – Pontianak (lakonan Zeila Jalil). Namun, tidak kurang yang tertanya-tanya khabar pelakon tersebut. Ya, terlalu lama Zeila Jalil tidak keluar dalam kaca TV.

Pagi ini sedang saya membaca-baca berita menerusi berita online saya tertarik dengan satu tajuk berbunyi BERSATU SETELAH 17 TAHUN. Pada mulanya saya menyangka ianya tentang kisah ahli keluarga yang terpisah tapi rupanya tentang cerita Industri drama Malaysia iaitu kejayaan Erma Fatimah memujuk Eman Manan untuk membintangi drama bertajuk Tahajjud Cinta. Apa yang lebih menarik, salah seorang pelakon yang turut menjayakan drama ini ialah Zeila Jalil!


Sumber: mStar Online

Cari-cari dalam Google image, gambar Zeila Jalil yang terbaru tapi saya tidak berjaya, hanya gambar dari Utusan Online saya yang mampu saya letak di sini.


Zeila Jalil nomobr 4 dari kiri.

Drama ini akan ditayangkan di TV3, melalui Slot Zehra iaitu setiap jumaat jam 9 malam dan bermula 8 Julai iaitu malam ini. Selamat menonton.

Leave a comment ?

11 Comments.

  1. baru jek kelmarin tgk filem 2 hati 1 jiwa. ada ziela jalil.
    :)
    kakngah recently posted..tombiruo the seriesMy ComLuv Profile

  2. KURANG MINAT DGN DIA NIE..HEHE..TAPI PAPE PUN….SEMOGA DIA SUKSES…HEHE..
    josrevalution2011 recently posted..E-book 20 cara untuk membina trafik ke laman web andaMy ComLuv Profile

  3. Aiya,nda bulih tingu TV ni malam.. Hehehe..

  4. Yea good to see her on screen again. Cerita ni start mlm ni kan..? X sbr pla mau tgk..weeeeee! ^^
    aemy recently posted..The AngriestMy ComLuv Profile

Leave a Comment


NOTE - You can use these HTML tags and attributes:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Trackbacks and Pingbacks: